July 27, 2016

Jogja Part 1 : Penginapan

Trip RedahJogja 
18 Jan -23 Jan '16
3 hari pakai tour guide
2 hari explore city

The Wayang Homestay (3 hari 2 malam)

Untuk tiga hari pertama, kami pilih untuk tinggal di homestay ini. Alhamdulillah, tenang sangat suasana di sini dengan suasana kampungnya itu. Setidaknya boleh la lihat dan perhati aktiviti penduduk tempatan di sekitar sana menjalani kehidupan harian mereka. Agak bernasib baik sebab ada bilik kosong (kami tak tempah pun bilik) 

Hari pertama : Tumpang tidur bilik sofea. Ambil extra bed sahaja.
Hari kedua : Pindah bilik atas 
Hari ketiga : Pindah bilik bersebelahan dengan dapur. hahaha 

Pro dan cons nya:
- Staff, owner, keadaan bilik memang tiptop. Terbaik!
- Mereka sangat membantu. Korang yang nak pergi tapi tak ada atau tak sempat cari tour guide tak perlu bimbang, diorang boleh bawakan. Services bila dibandingkan lebih kurang sama sahaja.
- Breakfast disediakan. Sedappppp. Mas Jack masak sedapppp! Thanks mas!
- Banyak yang kami bualkan. Banyak juga ilmu yang kami dapat.
- Agak jauh dari Jalan Malioboro. Tapi bagi kami tidak jadi masalah besar tempoh hari kerana tiga    hari pertama ini kami hanya menumpang tidur sahaja - awal pagi sudah keluar ikut tour guide - balik malam krooooh krohhhh.
- Wifi laju.
-  Senang cerita, baguslah tempat nih. Bagus bangat!

Tenang sangat. Nanti ada duit lebih nak bawak ma abah la ke sini. Gituh!
Hello semek  
view dari atas.
View depan. Cantik serius cantik
 
Nasi apa tak tahu la. tapi sempat belajar cara masak tu si tempe kering tu. Sumpah sedap!
 Bye The Wayang Homestay. Jumpa lagiiiiii 
Very helpful and friendly owner, great staff and had a wonderful experience with them.

Pawon Cokelat Guest House (3 hari 2 malam)

Yang terbaiknya tentang guesthouse ini ialah DEKAT DENGAN JALAN MALIOBORO. Sangat sangat dekat. Sebab tu la 3 malam terakhir aku decide untuk stay di sini. Aku dengan fara duk ulang-alik dari bilik pi keluar menonong jalan tak tentu hala acah orang indon. Eloklah untuk manusia yang tak suka jalan jauh dan tempat ini juga sangat elok untuk manusia yang suka shopping. 
pagi buta turun breakfast landing sini. acah retis 
tu ada kopi hitam dengan tea. silakan
Oklah. tapi kan - agak bising jugak (tak bebas sangat sebab ada penduduk kampung duk lalu lalang depan pagar nih.Nak melepak pun tak berapa best and masa aku pi,ada construction sikit. Eh pedulilah pasal tu, janji berbaloi la untuk tiga hari terakhir tuh, boleh pimai pimai tanpa rasa bersalah)
 Selesa dan selimut best. Sekali lagi aku dan fara acah orang berhoneymoon. Main ciku cak dalam selimut. kahhhhhh! 
Sedap tapi sedap lagi masakan Mas Jack 
Ni kawasan Jalan Malioboro. Last day dengan gigihnya kami heret pikul beg semata nak naik bas untuk ke airport. Flight balik petang. Checkout terus keluar cari bus stand - carilah Transjogja haritu main bedal sajo. Beli tiket cakap nak gi airport. tunggu je situ. bayar IDR3600 alah seringgit lebih je 
Ok sekian.

p/s : kedua-dua tempat ni sediakan tempai sidai baju. Aku sejenis yang berjalan bawak baju sikit - so - balik bilik lepas meround kota terus celup sabun debu (bawa sendiri/beli sana pun ado) - sental sikit - terus jemur - lusa pakai kembali. kah!

No comments:

Post a Comment