November 06, 2014

Perjalanan

Assalamualaikum :)
Sem III (Sept-Jan '15)


Assalamualaikum. Hari ini entah kenapa tiba-tiba semangat nak menulis blog tu datang. Blog ini di privatekan buat sementara waktu . Ketahuilah tak semua benda perlu di hebahkan. Wah, rindu menulis di sini. Sangat :)

 Mungkin saya agak lama tidak menulis kot atau mungkin terlalu 'lagha' dengan benda lain? Maksud saya.... 'lagha' dalam dunia research. Di saat sedang menulis ini, saya sekarang sudah berada di Sem tiga. Sem kekalutan. Sem tiga yang penuh debaran. Akhir tahun 2014 ini saya bakal menghadapi satu cabaran yang sangat mendebar. Saya seorang yang cepat cuak dan berdarah gemuruh jadi sudah semestinya 'Defend Proposal' ini agak menganggu fikiran. 

Rindu. 

Ketahuilah.
Zaman master dan zaman phD sangat-sangat-sangatlah berbeza. Berbeza? Ya sangat berbeza. Dulu masa master i do taught course bukannya research. Susah wehhhh. Dapat grade C di kira FAIL. Masa tu agak meroyan jugak la. Ditambah pula dengan masalah peribadi (kes curang nak, kecewa mak) hew hew hew tapi masa tu rasa dah mature sikit; semua benda Allah dah takdirkan ngah - Alhamdulillah i pass my Master (May 2013)  

Sejujurnya saya agak tak percaya yang saya kini diperingkat ini. Mungkin berkat kata-kata ma dan abah. Masa kecik2 sehinggalah ke peringkat bachelor abah dan ma memang 'sokmo-sokmolah sebut ngaji pah ke phD ngaji pah ke phD'. Alhamdulillah here i am. walaupun dalam negara sahaja tapi itu dah cukup buat saya bersyukur. Bersyukur kerana terpilih untuk mencari dan menggali lagi Ilmu Dia. Allahuakbar

Part penyesalan yang tak ada kesudahan:
[perlu saya lakarkan di sini, semoga suatu hari nanti saya akan baca]

Sememangnya saya agak 'lost' masa Sem I (Sept-Feb'14)  dan Sem II  (Feb-June'14) Percayalah sem honeymoon ini akan dialaminya oleh anda juga suatu hari nanti HAHAHAHA. Pemilihan scope of study yang sangat confuse. Sem I seingat saya fokus research saya ialah 'Fanno Flow'. Peh, agak mencabar disitu kerana saya perlu memahami konsep-konsep yang berkaitan. Kawan makin hilang, Fokus makin hilang dan habuk pun tarakkkkkk hahaha. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan research tersebut atas faktor- faktor tertentu:

 Kurang rujukan
  Tiada expertise di dalam UTM untuk rujukan
 Senior kata susah
 KE AKU HOK TAK FAHAM?? :P

Satu sem dibazirkan begitu sahaja. oh rugilah kamuuuuuuu~

p/s: pesan saya kepada anda semua, nak sambung belajar tu biarlah terus ada research gap yang anda nak fokuskan. Jangan jadi macam saya, terkial-kial  meraba-raba blur kelipah kelip pah. Hehehe

Sem II
Saya mula membaca dan membaca scope study yang diberi oleh Dr (supervisor yang sangat muda dah beranak 4 <--- jadikan sumber motivasi yuk!) Dalam tempoh yang diberikan ini, Demi Allah! sepatah haram pun saya tak faham. Tapi saya kuatkan juga semngat untuk terus membaca, mengkaji dan memahami ilmuNya ini. Jujur saya katakan, pembacaan literature review  itu sekadar selingan meniti hari-hari yang kosong sahaja. Bukan mudah nak berjaya ngah, setiap kali saya dalam 'kebluran' saya tanamkan dalam diri dan saya 'keep' bisikkan sedalam-dalam sanubari saya


"moga-moga apa yang aku baca ini memberi
 manfaat kepada ku kelak Ya Allah" 

Pembacaan diteruskan.
Pemahaman diteruskan.
Literature Review diteruskan.

Sem III

Kekalutan mula terasa. Proposal kena submit this end of November '14. Hah! grrrrrrr mulalah kalut. Sebelum nih kemain balik kelate sokmo, meroyan, jalan-jalan dan sebagainya lahh. Banyak sangat benda nak kena settle. Semua benda jadi serba tak kena. Mulalah rasa nak kerja lah, menyesal sambung belajar lah, menyesal main-main masa sem I dan sem II lah urgh rasa demotivated yang teramat. Tambah pula sahabat-sahabat disekeliling ada yang nak beranak, ada yang nak berkahwin dan ada yang nak nak bertunang peh lagi lah 'perasaan seorang perempuan' tu tak dapat digambarkan KAH KAH KAH 

 Hamizah's big day :)

Literature review perlu ditambah. Saya sebenarnya buat masa sekarang sedang mengalami 'kekonfiusan'. Math Fluid Mech Thermo CFD semua nak kena hadam. Takutnya Ya Allah. Saya pujuk hati supaya sabar dan teruskan perjuangan ini. Rutin harian bermula. Ternyata dan terbukti apa yang saya baca dalam keadaan blur sem lepas dan tok tahu gu satu itu sedikit demi sedikit membantu pemahaman saya sekarang. Alhamdulillah. Allahu..... Kejayaan tak datang bergolek ngah, lelah sekarang senyum kemudian. Allah kan ada. Allah ada. Allah ada ngah.

Kata ma :

 " Study lah, Allah tolong eh. Ma doakan"

Kata SV:

" Dhuha, Tahajud, Usaha, Tawakal"

Kata abah:

"Angah boleh."

" Kadang - kadang 
perkara yang kita rasa kita tak boleh lakukan / tak mungkin dapat
 insyaAllah ia pasti akan berlaku jika Allah izinkan " 

dan

" Kadang - kadang
 ada yang merasakan 
 kita rasa kita akan lepas, akan berjaya
andai kita bergantung dengan kemampuan diri sendiri,
 Tapi sebenarnya,
 apabila Allah yang menakdirkan untuk kita urusan itu,
 ia jadi tersusun indah "

Selit namaku dalam doa mu :*

baru lepas baca blog orang yang baru lepas viva voce.
doakan saya juga sempat  merasai 'perasaan' itu 
Ma abah, angah perlukan semangat.

Regards,
Kakngah.

No comments:

Post a Comment