March 11, 2013

Resepi Kek Coklat Kukus (Moist) : Mudah!


Assalamualaikum sahabat
Oh ya, baru bukak facebook dan ternampak satu notification di inbox.
" kehadapan cik cla.. di sini saya ingin menyatakan bahawa
saya teringin nak makan kek coklat seperti yang cik cla buat..
sudilah kiranya cik cla memberikan resepi kepada 
saya beserta cara-cara membuatnya..
terima kasih.."
Nampaknya ada seseorang yang merindui masakan saya. Aha. Gelinya hati beraso. Saya tolong kukus je sebenarnya. Ehe. Si Adik yang kedua bongsu dan yang bongsu sangat suka buat kek ni! Tapi bila mengenangkan kalori yang berjuta-juta tu, terus niat di putarbelitkan. Ahhhhh.  Ok tuan puan, Meh nak bagi resepi:
Ini bahan-bahan untuk dua biji kek ya. Dua kali kukus la kironya :)

6 biji telur

2 cawan gula
2 cawan minyak
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 cawan gandum
2 cawan serbuk coklat
2 tsp baking powber
2 tsp soda bikarbonate

Kukus 45 minit
Api sedang-sedang sahaja

Cara dia senang sahaja kak dio eh. 

1) Mula-mula pukul 6 biji telur tu (dikepuk/dipukul)  sehingga kembang. Pakai whisker sahaja.
2) Masukkan gula dan dipukul hingga sebati. Hancurnya gula tu, masukkanlah minyak.
3) *Ringkasan: kemudian masukkan yang  seterusnya mengikut urutan yang telah saya tuliskan di atas.
4) Diingatkan masuk secara turutan ya. Ehem, sekali lagi di ingatkan masukkan satu-satu bahan mengikut TURUTAN. 
5) Lepas masukkan baking powder dan soda bikarbonate tu, anda dinasihatkan agar mengepuk secara   perlahan. Sebab dikhuatiri kek jadi turun masa kukus nanti.
6) Sementara tu, bolehlah sediakan air kukusan dalam periuk dan mohon panaskannya terlebih dahulu.
p/s: Permukaan loyang anda haruslah di'lesek' dengan minyak. *untuk mengelak daripada kek jadi melekat masa nak pisahkkan mereka (kek dan loyang) nanti.

//SIAP!!//
Topping Melelehhh.
untuk TOPPING MELELEH di atasnya pula *resepi rahsia kaklong ni*, bagi yang kecil bajetnya saya nasihatkan guna je serbuk coklat tadi. Lagipun ini cara yang lebih effective :)

" Anda sekali lagi perlu didihkan air dalam satu periuk (besar) di atas dapur gas. 
Dua periuk digunakan di sini.
 Periuk yang lebih kecil di letakkan ke dalam periuk
 besar tadi dengan air yang dah mendidih. Perlahankan api. 

Mula-mula, masukkan serbuk coklat anda tu. 
Nim, ni depend la kalau rasa nak pekat letak lebih sikit.
 letak air panas sikit / air masak biasa. 
Masuk susu pekat sikit, kacau perlahan-lahan lepastu 
bila dah sebati semua letak minyak *untuk bagi kek nampak berkilat* dan marjerin. "
Sekian. Selamat membuat.

Update 10/2015: i ada buat eksperimen terhadap tekstur kek coklat ini- adunan kek ini saya simpan di dalam peti selama sehari atau separuh hari - ternyata selepas di kukus tesktur kek bertambah lembut malah gebu gebasss gitu lagi bermoist. So andai contoh ada event esok hari dekat rumah ke, bolehlah siapkan adunan terlebih dahulu - simpan dalam peti - esok kukus! Selamat mencuba!

3 comments:

  1. minyak ap ye wak?minyak masak ke?
    satu lagi...
    cawan?cawan besar mne ye?boleh tunjuk gambar x?kalau nk timbang, berapa gram?kg?

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. minyak masak la sayang. . cawan tu cawan yang org wak air tea panas tu. cawan yg kecik biasa tu. kal hok tinggi tu org panggil gelas ye dok? huhu

    tok payah timbang2. guna je cawan tu. easy

    ReplyDelete
  3. dear besigagah..siapa yang awak panggil sayang tu?
    ni bru anonymous tegar dlm blog in.haha

    ReplyDelete