January 07, 2013

Kisah dan Abah


Assalamulaikum :)

Haih, tiba-tiba rindukan abah. Selama beberapa hari di sini (rumah sewa kaklong), rasa sayang menebal sangat pada keluarga. Melihat kehidupan dikota ni, tiba-tiba rasa macam down sangat nak menempuh alam pekerjaan. Sungguh. Perasaan ini hadir tanpa diundang. Bukan begini kehidupan yang diidamkan. Bergelumang dengan hiruk pikuk orang bandar, telinga tidak putus-putus mendengar brek LRT di depan rumah ini yang seolah-olah berada di kawasan lapangan terbang. Seolah-olah kapal terbang dok main-main atas kepala. Kasihan Kak Long. 

Oh ya. Kenapa tiba-tiba rindukan abah ya? [Mengeluh]

Abah. Banyak sebenarnya bila nak bercerita pasal abah ni. Samalah macam nak menabur cerita pasal ma kan? Aduh. Susah sebenarnya kalau banyak sangat kenangan manis masam pahit masin yang terpahat dalam lubuk hati ni. Hmmmm.

Moment I

Maaf. Kalau nak bercerita bab dari umur 1 hari hingga 3/4 tahun memang saya tak ingat apa-apa. Yang saya tahu, abah suka bawak kami adik beradik (along, angah(me) dan abe ery) ke Pantai Irama. Main layang-layang di pantai itu. Makan-makan aiskrim dan yang paling ingat, sangat sukakan gelongsor tinggi itu! Woah. Perasaan ini sememangnya tidak dapat digambarkan. Bila tengok gambar-gambar lama itu, Ya Allah, rasa timbul perasaan kasih dan sayang itu sangat tinggi. Terima Kasih Allah sebab kurniakan Abah dan ma dan kakak dan adik-adik yang baik ini.


Heh. Macam budak kecil.
Hihi. Comelnya rasa tengok zaman kecil-kecil dulu.*Bluerghhhhhhh.

*Allah. 'Awak' online. Terkejut saya [Zzzzzzzzzzzzzzzz.terkeluar topik. Payah betul nak me'motivasi'kan diri ni. Payah. Payah.Payah]

Dah, back to zaman ma dan abah didik kami adik-beradik. Gambar di atas batu-batu besar tu di kawasan Tok Bali. Abah suka bawa kami pergi sana. Nasiblah zaman masa tu dah maju. Adalah gambar dua tiga keping. Sebenarnya, ada sedikit timbul rasa sedih di hati ni, ya la.... Gambar baby kak long dan adik-adik semua ada, tapi saya? Tak da. Ma kata album terbakar. Sob sob. Gambar di atas mungkin sekitar umur 4 atau 5 tahun. mungkin la. Kami kongsi-kongsi je baju kami. Era 90-an katakan.

Moment II

Ma dan abah didik kami dengan cara yang sama dengan ma dan abah didik adik-adik sekarang. Tapi ada sedikit perbezaan bila di perhatikan balik. Ye la. Zaman dah maju. Sekarang, adik-adik dihantar ke kelas Qiraati. Dulu abah sendiri yang ajarkan kami mengaji al-quran. Woah. Sumpah! Sangat menakutkan. Abah garang. Garang tak garang. Abah cikgu displin dulu. No wonderlah student abah suka tanya Abah garang ke dekat rumah. Tak. Bagi kami abah biasa sahaja. Diam dia tanda marah. Pernah dulu depan al-quran menangis sampai teresak-esak. Sampai tertidur depan quran. Abah kata, selagi tak kenal perkataan tu jangan harap boleh tidur. Sob. Kak Long mengintai tepi almari. Menangis mungkin tengok adiknya kena marah. Ma lalu dengan muka kasihan. Tapi at last, abah juga yang angkat anak dia ni bawa masuk tidur dalam bilik. Tanpa ajaran abah dan ma, angah tak mungkin sekarang dapat baca al-quran dan kenal huruf dengan betul. Terima kasih Allah :)  

Moment III:

" kak ngah!!!"

" kak long!!!"

" meh sini!" *kup

Allah. Takut sangat. 
Kepala kami dihantuk. Moment ni memang sangat-sangat-sangat tak dapat dilupakan. Kak long dan kak ngah memang selalu bergaduh. Sehingga hari ini, kalau nak bergaduh mesti teringat kisah kepala dihantuk ini. Sakit. Perit. Bergaduh sebab ayam KFC tak silap. Muahaha

Moment IV:

Saya masih ingat bila diri ini meningkat dewasa. Errr, maksudnya bila saya mula baligh. Saya jadi segan dengan abah. Sungguh. Saya pun pelik dengan diri ini. Kenapa mesti jadi segan. Bila di fikir balik, mungkin sebab takut abah tahu kot. Ya la, semalam mengaji al-quran bersama-sama dan tiba-tiba hari ini tak. Malu! Segan! Allah! Perasaan ini berterusan sampai ke tahap saya tingkatan 2. Saya banyak mengelak bila bertembung dengan abah. Saya jadi pendiam. Eh, eh. Pemalunya saya. Zzzzzzzzzzzzzzzz. Dan akhirnya kini saya dah kembali kepada normal.
" abah , bla bla bla bla "

"abah, nak exam ni............"

"wah, hensemnya mamat tepi kita ni bah, abah nak menantu hensem gini dak?"

"abah, tadi angah n ma..............bla bla bla"

Hehe.

Moment V

Setiap kali di tempat makan: tak kirala sama ada di restoran ke, di kedai mamak ke, di kedai siam ke, ini part yang tak boleh dilupakan sekali. Beberapa kali jugak la kejadian ini berlaku.

"tak mau. kenyang dah. Nak air je la..."

makan.

"nah, habiskan abah punya, konon diet la ni"

"sungguh. kenyang ni" 

Blurpppp. Alhamdulillah. Habis juga makanan abah. Heeee. Ni la moment yang paling saya ingat bila pergi kedai makan. Haih. Apa nak jadi dengan anak kedua bapak ni. Konon diet. 

Ok dah. Banyak lagi sebenarnya. Tapi mood dah mula malas ni dah datang.

Jangan rasa pelik kalau ayah kita senyap tiba-tiba. Ayah memang macam tu.

* Bunyi handphone
*Angkat

"Ya bah, yaa, umah kaklong la ni" 

"iyooo, bla bla bla"

*senyap
*mula rasa tak sedap hati

"abah ada nak bagitahu angah apa2 ko? Pelik ni. "
(pelik sebab time ni biasa abah baru balik sebahyang jumaat)

"Erm, tak dop gapoo. saja tanya khabar angah"

"ye dop abah ehhhh, oyak molekkk"

*senyap

"Chek sakit. Dekat hospital ni."
*chek - ayah's abah

Planning nak balik tengok atuk. Ma abah kata settlekan kerja dulu. Ok
Abah, angah faham perasaan abah. Ya. Perasaan anak terhadap ayahnya.
Sedih.


Ya Allah, moga mak-mak saudara diberi kekuatan dan moga abah juga diberi kekuatan.
InsyaAllah. Moga Allah sembuhkan penyakit atuk
tempat : Hospital Kuala Krai.

p/s: Rajinkan diri ANDA. InsyaAllah. Depend on YOU ^^


No comments:

Post a Comment