December 22, 2012

Tepuk-tepuk dada


Assalamualaikum

Comel si baju biru. google ni tak silap.

olololo. sabar ya sayang...
 *cakap dengan diri sendiri

menangis. memang termenangis.
menangis sebab terlalu takut.
sebab terlalu takut?
takut apa ya?
Entah.

-MA-

Telefon ma,

Ma mintak baca ayat-ayat al-quran. Ma kata ayat Al-Quran je yang boleh menenangkan kita instead of solat dan doa. Ma memang macam ni. Ma suka baca-baca tafsir. Saya suka dengar ma baca tafsir. *telinga lekat di paha ma*. Ma suka bercerita pasal kisah-kisah nabi. Itulah ma. Ma kemudian bagi ayat ni:

" La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin "

Ma dok ulang ulang ulang. Angah dia ni takleh nak cakap dah. dok menangis menangis menangis. Sebak dengar suara ma. Seriusli, ini kali pertama saya takut yang teramat. Perasaan takut ni lebih dari takut tidur dalam gelap. 
*Brppppp

Ma kata, baca la ayat tu. InsyaAllah,segala resah dan kesusahan akan hilang.

Ma bagi lagi. Ma minta angah dia ni buka tafsir. tengok tafsir surah Al-Syarh [ alam nasyrah....]. Dengan jiwa bertakungkan sebak tu, terus ambil tafsir. Buka. Selak.

Cuba baca.

google ya.

Ayat 1 : [Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)]
Ayat 5 : [Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan]
Ayat 6 : [Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan] 
Ayat 8 : [Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap]

Ya ma. dua kali Allah tegaskan disitu. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. T_____T
Allahhhhhh. 
*tarik nafas panjang-panjang.
Ma, angah sayang ma. Sangat.

- BUKU MOTIVASI-

Nak tidur. Buka buku 'Di mana DIA dihatiku'. Oh ya, Nina kata, setiap apa yang kita buat:

Contohnya: 
terbeli tafsir ke
terbeli tudung ke *for free hair person
terbeli buku motivasi ke
terdengar ceramah agama ke
terclick 'ustaz azhar idrus' dekat utube ke
tertengok masjid ke
tersebak bila tengok makcik cleaner ke

tu semua petunjuk dari Allah. Allah yang gerakkan hati kita. dan ada sebab kenapa kita 'TER' itu. Jadi, apa yang berlaku tu semua kehendak dia. Kau tak payah nak rasa pelik sangat la.

meh nak qoute sikit kata-kata based on buku ni

" Allah menegaskan, DIA mengikut sangka hambaNya "

Maksudnya : jika kita bersangka baik, insyaAllah, kebaikanlah yang akan diberikanNya kepada kita. Tapi kenalah selalu berhati-hati, berwaspada dan berjaga-jaga.

lagi satu saya nak qoutekan:

"Bila ditakdirkan sesuatu yang negatif berlaku, terimalah. Kita tidak ada pilihan lagi. Kita tidak dapat mengawal arah kehidupan, tetapi kita mampu mengawal kemudi iman."

Lagi

"Cepat-cepat tukar yang negatif itu kepada yang positif, dengan menepuk dada dan berkata, ''TENTU ADA HIKMAHNYA' "

*tepuk-tepuk pipi
*tumbuk-tumbuk dada dan sound diri sendiri:

Publish sekarang! slide kau tak siap lagi.

*Kepala hangguk-hangguk

p/s: Post lately sangat annoying. Macam budak bajet baik eh? Hmmmmm. sebenarnya, semua post ni untuk diri sendiri. Normal la tu motivate diri sendiri. Boleh mengeratkan hubungan di antara hati dan jari,kan?

No comments:

Post a Comment