December 16, 2012

Eh, ni ke sabar yang kau ada?


Assalamualaikum.

AGAIN! 
tidur terganggu.
Ini Bukan Kali Pertama
Boleh tak siapa-siapa bagitahu dia saya benci bunyi:

 pintu almari dirempuh
buku-buku dihempap
kerusi berjoget-joget
periuk pinggan nasi bertembung
baldi menyanyi-menyanyi
bilik ibarat tiada langsir

tapak kaki 16000000 kg ke?

saya tak suka.
masa kamu stay up berbeza dengan sayakan?
saya pun stay up juga
saya hormat kamu masa tidur.
kamu juga tolong hormat saya boleh tak?

ishk!
alang-alang dah marah tu, boleh tak kita muhasabah diri sikit? *dush! tuju untuk diri sendiri
"Sabar laaaaaaaaaa...takkan pukul 9 taknak bangun lagi"

"Eh, dah orang lain tidur, kau berjaga. memang wajar lah jadi macam ni"

"Hahahahaha, nak aku bagitahu dia ke? Kau pun satu, tidur la awal, lepas tu bangun awal "

"Eh, apa kata lepas subuh kau buat-buat bising gak, alaaaaaa, kira macam balas dendam la "

" oh ya, kau buat-buat la protest. tutup muka dengan bantal ke"

" Takpun, sebut perkataan 'Ya Allah' kuat-kuat ke, macam bagi amaran la"

"Kau post dekat blog?  Hahaahahahahahahaha "

Cukup.

Boleh kita berbicara pasal SABAR? 

Kamu pernah dengar tak ayat:

 " Dont get my personality and my attitude twisted; my personality is ME and my attitude depends on YOU."

Pernah tak? Jawablaaaaaaaaa. Saya tunggu jawapan awak ni. Komen? Setuju ke dengan ayat tu?

*jenuih pikir

Pendapat saya ada dua : 
Pertama-  Orang sabar takkan setuju dengan ayat itu
Kedua- Orang tidak sabar [Baca: Bukan Penyabar] sahaja yang setuju dengan ayat itu.

" Bajet bagus ini pelemmmmmmpuan maaaaaaaaa "

Heh. Hanya berkongsi pendapat maaaaa.

 Ukhti Nina kata 

"Kalau kita BerSABAR, kita tidak akan bercerita dengan yang lain "

" Kalau kita kata kita di dah lama 'TAHAN SABAR' means kita ni bukan seorang yang sabar "

contoh ayat : " Bla Bla Bla...Korang tahu tak?Aku ni masih bersabar lagi ni..." *muka bengis

 *eceh. Tiba-tiba rasa ada yang jelek dengan saya.

Ooooo, saya pun baru tahu. Hmm, bagus. Moga diri sendiri ni banyak-banyakkan bersabar.

Bersabarlah kamu apabila diuji. 

Sentiasa bersangka baik dengan tapak kaki
Sentiasa bersangka baik dengan pintu almari
Sentiasa bersangka baik dengan periuk pinggan mangkuk
Sentiasa bersangka baik dengan kerusi meja

Sentiasa bersangka baik dengan buku-buku
Sentiasa bersangka baik dengan baldi-baldi
BAIKLAH! Arahan diterima

Saya nak selitkan sedikit ayat masa ber'tadabbur' tempoh hari :


" Jika ada 20 orang yang sabar dikalangan kamu,
nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh " 
- Surah l-Anfal [8:65]

dan
" dan jika ada 100 orang yang sabar dikalangan kamu,
mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir "
- Surah l-Anfal [8:65]

Nisbah penyabar dan bukan penyabar ni kira 1:10 la kan?

"Hah, macam mana Che kak? apa kata kau banyak-banyakkan bersabar."

Ya memang aku tengah bersabar. [tengok ada ayat tengah bersabar : Means bukan penyabar]. Perlukan banyak lagi Ayat-ayat al-Quran dalam jiwa nampaknya. Lagu Judika dah fasih part korus. Kau ulang benda tu beribu sekalipun, kau ingat hati kau tenang? Heh. Kau silap c. Silap besar. *tampar muka berkali-kali. Eh, macam dah terkeluar topik la. Hahaha

*Back to our Sabar

Ayat saya :

Sabar ni berkait rapat dengan bersangka baik Maksud saya bila kita rasa nak marah means dah tak boleh tahan sabar, kita bersangka baik. Kita fikir yang positif. Mungkin ada sebab 'baldi menyanyi-menyanyi' tu. Atau mungkin ada sebab kerusi nak 'berjoget-joget' tu. 

Oh ya, untuk sahabat.
" Sabar. Fikir Positif. Bersangka baik dengan ibu, Ingat bahawasanya ibu kita ada sebab tersendiri. Nak tahu sebab apa? Tanya la dia. Biasanya kalau mak saya la kan, dia berkias dengan perbuatan. Yang sebenar-benarnya tak terzahir pun kata-kata dia.



Ok. Kurang idea. Chow

p/s : "When you lose my way, to Allah you should turn", kata Abang Maher Zain.

1 comment:

  1. well said...daebak!! daebak!!! good job... ^^
    i have no idea to update mine..

    ReplyDelete