October 23, 2012

Takabbur (#1)

Assalamualaikum  sahabat.

Apa khabar iman hari ini?
Sudah cukupkan amalan seharian anda untuk bekalan ke 'kampung halaman' nanti?
ehe, sentap?
Haaaaa, jangan rasa diri ni cukup.
JANGAN.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
" Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat "

Oleh itu, dengan rendah hatinya saya nak kongsilah input yang dapat semalam. Ya Allah, moga dirahmati kalian semua. Banyak input. Sahabat bertambah. Suka? Ya, sangat gembira. Doakan moga perasaan ini terus begini dan begini dan begini. Hanim sebenarnya dah update pasal ni, tapi nampaknya ada sikit-sikit point yang dia lupa. Oh, teknik penyampaian saya tidak berjaya rupanya. kih3

Ni baru balik dari jumpa SV sebenarnya and hasilnya positive. Alhamdulillah. Punyalah takut nak pergi tadi. Peh :D Ehem, Boleh faham perasaan saya sekarang? Lega.

Ok, Back to our topics:  TAKABBUR. Tahu tak apa maksud takabbur? Maksud dia lebih kurang sombong la.. haaaa, bahaya sombong ni. Kita suka orang sombong? tak kan? Dan semestinya rasa nak kata 
Mana ada sombong! Huh

** eh, eh dia ni..
** eh, sombong nyaaa
Bahaya. Mari saya kongsikan apa tanda-tanda sifat takabbur ni sebenarnya. Sangat unexpected. 

TANDA-TANDA

1) Tak gemar berDOA

Nak saya huraikan?/Tak payahlah kan. Relate je dengan diri sendiri. Ingat, sembahyang tanpa Doa ibarat makan nasi tanpa lauk dan kuah bagai. Doa la walau sikit je. Kalau dah rasa hebat sangat tak berdoa untuk diri sendiri, sedekahkanlah sedikit doa buat ayah dan ibumu. Sikit dah cukup. Mana tahu doa yang sikit tu bermakna buat mereka. Kan?

2) Mudah terluka / kecil hati / mudah merajuk dan melukakan hati orang lain

Haaaa, ni part yang paling terasa. (eh, terasa lagi? terasa untuk kebaikan takpekan) Mudah kecil hati. adehhh, saya cepat merajuk dengan kak long saya. Sangat mudah terasa. Mungkin itu cara kami nak bermanja kot. Hmmmm, perlu muhasabah diri ni. Pernah je kan terasa hati dengan kawan-kawan kan? Saya lebihkan berdiam diri dikala timbul rasa kecil hati ni. Tapi, sebenarnya yang muncul dalam hati ni hanya satu kesakitan. Kita di sini rasa SAKITTTTTTNYAAA HATII, tapi dia. Did she/he noticed? Tak kan? Jadi, banyak2kan beristighfar. Selalulah beristighfar. Moga Allah melapangkan dada kita. 
*pesanan untuk diri sendiri

3)  Sukar memberi dan meminta maaf

Memaafkan yang lain adalah salah satu sifat yang baik. Jujurnya, saya ada perasaan susah untuk memaafkan kepada seseorang itu. Ada talian darah. Tapi... Ya Allahhh, ikhlaskan aku. Dr. Fadzilah Kamsah pesan : sebelum tidur maafkan semua orang tak kira siapa pun. Ha, ni salah satu tip ya. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Dan ketahuilah, memaafkan orang ni juga merupakan adab-adab Rasulullah SAW sebelum tidur. *ok, point to me.

4) Gila kuasa dan jawatan

Nak saya huraikan? Malas. Kucar kacir jadinya. Hapuskan pub dahulu baru saya hurai. 

5) Berjalan dengan angkuh dan cara berpakaian

Berjalan dengan angkuh dan menganggap dunia ini 'aku yang punyaaaaaa! ' Bahaya sifat takabbur ini. Begitu juga dengan cara berpakaian. *malas lagi nak hurai. fikir.

6) Tak suka berziarah

6) Gila pujian

Ada dua kaitan : orang yang memuji dan orang yang dipuji. Lepas dipuji, ia merasa kenyang dengan #pujian manusia, padahal dia tidak memiliki hal yang dipujikan padanya. 

Nabi bersadba di saat orang memuji temannya : 
" Sungguh kamu telah memenggal leher temannya itu " . 

Well said, kalau kena puji confirm2 ada sikit, tak pun secalit perasaan bangga / riak tu. Bahaya kan? *heeee, semua bahaya. Nak tips nak elak kena puji? Meh nak bagi. Bila kena puji, terus je cakap " Alhamdulillah, itu luaran yang kmau nampak, yang dalaman ini? Ingat 'nama si polan', kita ni asal dari mana. Kita keluar dari mana. Hinanya kita di bumi Allah ni " . Bahayanya puji ni sebab, boleh bawa pada penyakit hati. Doa- doa lah sikit

#Sahabat Azie pesan semalam : Kalau boleh, elakkan berkawan dengan yang suka memuji. Tu dia aih
Hah, baca ni. Nak ke?
 Alhamdulillah. Habis dah menaip! Hoyeahhhhhhh. Salam AidilAdha dan Moga bermanfaat :)


1 comment: